Sunday, May 15, 2011

DUNIA DI HUJUNG NYAWA

DUNIA DI HUJUNG NYAWA

1)PENAKLUKAN BAITULMAQDDIS

Dari Auf b.Malik katanya,Rasulullah SAW telah bersabda:

“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah satu diantaranya,iaitu penakluan Baitulmaqddis’

-dah jadi dah-



2)ZINA BERMAHARAJALELA

‘Dan tinggallah manusia yang buruk,yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar(keldai).maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang –sahih muslim-

-dah Nampak dah….



3)bermaharajalela alat muzik.

‘pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,rusuhan&perubahan muka..’ada yang bertanya kepada Rasulullah;

‘wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab:Apabila telah bermaharajalele bunyian(muzik)&penyanyi –penyanyi wanita

-ibnu majah-

Mentor,Malaysia idol,AF…….



4)MENGHIAS MASJID&MEMBANGGAKANNYA

Di antara tanda-tanda telah dekat kiamat ialah manusia bermegahan dengan mendirikan masjid

Riwayat nasai..

Memang dah Nampak dah….



5)MUNCULNYA KEKEJIAN,MEMUTUSKAN KERABAT&HUBUNGAN DENGAN TETANGGA

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &perkataan keji,memutuskan hubungan silaturrahim &sikap yang buruk dalam tetangga

-riwayat Ahmad dan Hakim-

Ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu….



6)RAMAI ORANG SOLEH MENINGGAL DUNIA

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik&ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina&buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran

-riwayat Ahmad-

Boleh kira je berapa ulama yg tinggal…..



7)orang yang hina mendapat kedudukan yang terhormat

Di antara tanda semakin hampirnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh orang yang hina

Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia

-riwayat Thabrani-

George Bush,Ariel..

kat Malaysia pon ada….hihi



8)MENGUCAPKAN SALAM KEPADA YANG DIKENALI SAHAJA

Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenal sahaja

-riwayat Ahmad-



9)BANYAK WANITA YANG BERPAKAIAN TETAPI HAKIKATNYA TELANJANG.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.diantara tanda-tanda hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita &apabila mereka memakainya keadaan seperti telanjang.



10)BULAN SABIT KELIHATAN BESAR.

Di antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesar)bulan sabit

-riwayat Thabrani-



11)BANYAK DUSTA &TIDAK TEPAT DALAM MENYAMPAIKAN BERITA

Pada akhir zaman akan muncul pembohong –pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar&belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya,kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar tidak menyesatkanmu *menfitnahmu

-sahih muslim-



12)BANYAK SAKSI PALSU&MENYIMPAN KESAKSIAN YANG BENAR

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu&disembunyikan kesaksian yang benar

-riwayat Ahmad-



13)NEGARA ARAB MENJADI PADANG RUMPUT DAN SUNGAI

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput&sungai-sungai

-sahih Bukhari-

Dubai dah turun salji..mina dah kena banjir….



Dari Abdullah bin.Amir r.a ..Rasulullah SAW bersabda;

sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat

No comments: